Friday, October 7, 2011

KISAH & KENANGAN

gambar di atas adalah kenangan buat kami dan kakak. kakak semakin beransur pulih. daripada seminggu sekali ke hospital dah berkurangan jadi sebulan sekali. harapnya sihat terus lah sebelum menjelang tahun 2012. sebabnya tahun depan dia sudah darjah satu. biarlah dia dapat ke sekolah seperti rakan-rakan lain.

hari rabu lepas aku ada tengok bersamamu kat tv 3. kisah adik Mohd Fakhru.... adik tu pengidap kanser perut tahap ke 4. masa kakak di hospital bilik adik tu hanya selang beberapa bilik jer dari bilik kakak. aku selalu nampak dia pagi pagi berjalan sambil mengheret tiang tempat gantung ubat tu.... sebak rasa. kalau di lihat dari raut wajahnya... dia memang anak yang baik dan menyenangkan. bijak...

sepanjang aku berada di hospital menjaga kakak, terutama di wad kanser untuk kanak-kanak macam- macam kisah duka yang akan di dengar. ibu bapa berkongsi cerita tentang derita anak masing-masing. yang penting kekuatan kami yang akan memberi semangat supaya anak-anak kami lebih kuat.

4 komen:

syah shah said...

Memang sedih kalau tengok anak-anak kecik sakit terlantar kat hospital... tapi aku paling sedih tak boleh tahan kalau anak-anak itu tergolong dari kalangan anak-anak istimewa... sediihhh sangat tengok.

semoga kakak cepat sembuhnya... ibu, sila belanja kakak kepsi selalu, baru cepat sembuh... hahahahah :P :P

ArPeGGiOS said...

hep hep... no fast food no junk food. muahahahha.. sebenarnya dr cuma kata no junk food.

atty's said...

alhamdulillah kakakdan sembuh..

syah shah said...

sebenarnya fast food pun dalam kategori junk food jugak, well, kira separuh laa, bukan semua... hahahahah

tapi sebab doktot kata no junk food, bukan no fast food, jadi, ibu, silalah belikan kepsi kat kakak barang sebucket dua... hahahahahah :P :P :P