Thursday, June 30, 2011

KAKAK

NUR ADHA BATRISYIA....

dia bijak...
setiap masalah pasti ada jer jalan penyelesaian dari dia. tak pernah menghampakan. letak saja di sekolah mana pun, tetap menjadi antara top student.


dia petah....
baru saje masuk mandarin class hujung bulan march tapi skrang agak cepat penguasaannya berbanding pelajar lain. berkicau mulutnya bila bertutur dalam bahasa itu

dia rajin...
sentiasa membantu ayah dan ibu bila di perlukan. menjaga adik adik kesayangan.



dia periang.....
sentiasa ceria bermain berlari sana sini. ada saje aktiviti yang nak dilakukan...

bila di lihat wajahnya, tiada siapa yang sangka dia menanggung kesakitan di dalam dirinya. dia anak yang kuat. sangat kuat. riak wajahnya seperti takde apa yang berlaku.

22 hb June 2011
dapat panggilan dari sekolah. cikgu dia kata hidungnya berdarah tak henti-henti. aku ambil dia di sekolah terus bawa ke hospital. di bahagian kecemasan terus di rujuk ke pakar telinga hidung dan tekak (ENT). Dr pakar ENT kata salur darah di hidungnya terlalu sensitif. Dr ambil melakukan sedikit prosedur untuk hentikan pendarahan. Dia di benarkan balik dan datang kembali minggu hadapan.

23hb June 2011
dalam perjalanan balik dari nursery ke rumah, hidung dia berdarah kembali. bermula pukul 7 malam, darah keluar dari hidung tak henti-henti. macam air paip. darah cair bercampur darah yang berketul-ketul. aku buat seperti yang dr ENT ajar. suruh dia kemam ais sambil tuam hidung dan dahi dengan ais.

aku suruh dia berehat sambil aku tuam dengan ais. sampai pukul 11 malam. darah masih tak berhenti. keluar dari hidung mulut dan mata. kakak menangis... bukan air mata yang keluar tapi darah. banyak. terlalu banyak. lebih kurang 4-5 helai tuala basah dengan darah. aku menggigil ketakutan terus ajak incik zaidi ke hospital. sekali lagi berada di trauma dan kecemasan.

lebih kurang pukul 3 pagi pendarahan dapat di hentikan. syukur.... alhamdulillah. kami dibenarkan pulang. sebaik saje tiba di kawasan parking rumah family in law aku dapat satu panggilan telefon dari hospital. pihak hospital meminta kami datang kembali ke hospital dengan segera.

bermulalah satu lagi episod cerita perjalanan hidup kakak. satu penyakit lagi di kesan. Ya Allah.... berikan kami kekuatan untuk menempuhi dan menghadapi dugaan yang kau beri ini. Sesungguhnya hanya padamu kami memohon....



aku akan sambung berkongsi cerita bila aku mampu menghentikan air mata bila mula menaip.

6 komen:

aCik Anie said...

salam miza,
kenapa dgn dia..
alahai... kesiannya...

strawberi said...

nape weh..adui..saspen plak aku..harap2 kakak tkde ape2..nk nangis plak aku rasa..smoga korg sume ok

ckLah said...

Allahu...
Kesiannya si kecil itu.
Semoga Allah sembuhkan...

Kuatkan hati abah dan mamanya...

sueanne said...

semoga kakak cepat sembuh.. sian kakak..

syah shah said...

semoga kakak cepat sembuh... semoga hati ibu dan ayah juga kuat menghadapi dugaan...

Amin...

vagg© said...

salam, miza. lama x jenguk. tgk2 ada entry baru. be strong ye.. tabahkan hati. nti dh rasa boleh bercerita, cerita kat sini k. kwn2 sini ada utk dengar wpun maybe xleh nk tlg. tkcare