Saturday, February 12, 2011

KORANG NAK TAU TAK.....

aku rindu gila nak menulis kat blog seperti dulu kala. setiap hari ada jer entry yang kluar walaupun kadang-kadang isinya kosong. tapi aku tak punya masa yang banyak. sampai satu ketika aku rasa bosan dan fedup dengan rutin harian. keje... keje.... keje....

tapi aku suka dengan keje aku skrang. dengan job scope aku. dengan bos aku jugak. dia sentiasa ajar aku bantu aku kalau aku tak tau camner nak buat. sentiasa memberi sokongan pada orang bawahan dia. tapi tahun 2011 nih adalah tahun terakhir aku keje kot. tahun depan kakak dah darjah satu. rasanya sudah tiba masa untuk aku berkhidmat tuk keluarga sepenuh masa. membesar dan mengasuh anak sendiri.

kesian pada budak-budak nih. terutama pada kakak la nanti. kalau dia sekolah sesi petang. saper la nak siapkan dia tengahari tu. makan pakai dia. ngan beg sekolahnya lagi. kalau sesi pagi plak tak tau saper nak menjemput dia. nak suh naik van atau bas aku takut plak. takut kena tinggal pasal lambat siap. cerita pasal anak-anak nanti-nanti aku akan apdet. sekarang aku nak membebel pasal diri sendiri.

bercerita pasal suka menulis...

masa aku sekolah rendah, subjek paling aku suka adalah bahasa melayu. okay.... gelak la la... gelak. aku tau tak mencabar lansung. tapi aku tak tau kenapa aku suka sangat. terutama melibatkan karangan. kalau bahasa melayu, aku mesti dapat score A. kalau paling terkucil pun adalah B. tu pun markah paling teruk 78 %. markah tu pun akan membuatkan aku sedih giler.

masa sekolah dulu cikgu selalu bagi tajuk dan suh buat karangan. mesti siap dan hantar dalam masa 30 minit. biasanya orang pertama yang hantar adalah aku. naik sekolah menengah minat tu masih sama. kekawan lain semua suka mata pelajaran yang mencabar. sains la... matematik la... aku tetap dengan bahasa melayu....

macam biasa juga. tetap mendapat markah terbaik. sebab terlalu minat menulis & membaca puisi, novel, cerpen dan sebagainya aku ambil keputasan lepas PMR nak masuk kelas sastera. boleh jadik penulis ataupun sasterawan. tapi cikgu aku bangkang sekeras-kerasnya. dia kata siapa yang dapat A atau B untuk matematik dan sains MESTI masuk kelas sains tulen. MESTI okay. aku pun menurut perintah... kalau tak ntah-ntah skrang aku dah jadik penulis terkenal. ahaksss.....

aku masih lagi minat mata pelajaran bahasa melayu. makin aktif melibatkan diri dengan aktiviti yang berkaitan. berpidato dan berpantun sampai mewakili sekolah. sampaikan kertas exam pun cikgu minta tolong aku tanda. tapi kelas yang hujung-hujung la.

tapi masa tu dah berlalu...... hu hu hu. sedih... aku dah lama tak menulis. masa untuk membaca juga sangat kurang. skill penulisan jugak sangat tumpul. dan penggunaan bahasa pun dah jadi rojak.

sedih.... sedih... sedih.....

nanti-nanti la aku sambung okay. serius aku tengah sedih nih..

1 komen:

syah shah said...

peehhh~~

aku dulu lebih kurang cam ko laa... tapi dengan bahsa inggeris... Heheheheheh :D :D