mari layan cerita cuti-cuti malaysia aku secara terus menerus. next week aku dah mula keje balik. jadik keaadaan akan jadik seperti biasa. nak cari masa untuk apdet blog memang susah. tunggu la aku berhenti keje nanti. hari-hari aku apdet. silap-silap sehari sampai 2-3 entri.
aku akan terus bercerita walaupun aku tau sekarang nih cuma 2-3 orang jer yang baca blog aku. biasa la kan.... ko datang blog aku aku datang blog ko. ko komen blog aku aku komen kat blog ko. tapi aku tetap juga nak berkongsi cerita walau tanpa pembaca.
so.... silakan saper yang sudi membaca. kalau malas baca layan gambar pun banyak.
percutian ke cameron nih adalah sempena enibesari perkahwinan kitaorang yang ke 6. kitaorang akan pergi jalan-jalan. seperti biasa destinasi masih lagi tak dapat di tentukan. pagi sabtu tu incik zaidi keje separuh hari. masa dia kat opis kami sibuk bersms nak tentukan destinasi nak pergi. padahal petang tu nak bertolak. kain baju semua dah masuk beg. stok 4 hari punya.
sampai sudah dia balik keje masuk kereta masih takde kata putus. aku nak bercuti menghala ke utara. incik zaidi macam lebih berminat menghala ke pantai timur. sebelum mula perjalanan kitaorang ke umah mertua aku dulu. biasa ar incik zaidi nih kalau nak jalan jauh mesti jumpa family dia dulu sekejap. sekadar memberitahu. takut jadik apa-apa nanti masa berjauhan mesti terkilan.
lepas bincang punya bincang kata putus dah dapat. kitaorang pergi cameron tido semalam dan terus ke penang dan kedah. perjalanan pun bermula dari kl lebih kurang pukul 3.30 petang.
seperti biasa dah namanya kawasan tinggi haruslah mendaki lereng-lerengnya. aku cam biasa allergic pada laluan ular melingkar nih. pening kepala + nak muntah. tapi sepanjang jalan nak naik ke atas tu korang akan dapat lihat banyak rumah orang asli sana sini. ada yang serba kekurangan ada yang kretif.
tiba jer atas kitaorang singgah kedai jual teh dan ladang teh. meluruskan pinggang dan rehatkan kepala aku yang toing-toing tu.
semua perisa sedap tapi paling terangkat teh perisa orange. terangkat abis. minum tanpa gula pun boleh layan. dah tiba umah baru rasa menyesal tak borong banyak-banyak. bila stok teh berperisa dah abis.... terpaksa minum teh biasa. hishhhhhhhh........ tak bestnya.
lepas tu teruskan perjalanan cari hotel pulak. kata percutian redah jer. hotel sana sini penuh. akhirnya dapat gak. owhhhhh jalan kat atas tu sangat sesak ok. kekadang jem jugak. maklumlah hujung minggu banyak pelancong. kalau hari biasa budak hotel tu kata pukul 9 malam dah macam pekan mati.
lepas maghrib kitaorang ronda ronda cari cenderamata. cari makanan jugak. cuaca pulak hujan jadik pergerakan sedikit terhad. jalaraya super duper sibuk. parking pun susah. aku ingat kat kl jer. kat sini pun sama. hmmmmmm.......
esok paginya lepas check out kitaorang mulakan operasi jalan-jalan. kat cameron nih ada banyak sana sini bazar atau macam pasar malam gitu. barang jualannya sama jer.
destinasi pertama adalah ke strawberi park. kekonon nak rasa petik strawberi sendiri.
buah-buahan. banyak gak buah yang pelik aku jumpa kat sini. beli la 2-3 bijik buat rasa.
bunga segar yang wangi dan cantik
lepas dah membeli sikit-sikit kitaorang pun gerak dari situ. tak tahan la ramai sangat orang. jalan jem sampai ada polis kawal lalu lintas. on d way turun ke bawah sempat singgah beli petai orang asli jual tepi jalan. diorang ada jual petai, madu dan beberapa kraftangan.





8 komen:
aku baca la kak..hehehe
aku baca okeh... ko tak komen aku pun aku tetap baca... hohohohoh :D :D
ko naik cameron ikut Tapah, pastu turun ikut simpang pulai ke? kalu lalu simpang pulai kurang sikit ulau melengkau dia... kalu tapah memang teruk sikit... hohohohoh :D :D
aku ke cameron masa pregkan wafiq dulu. agak2 ke cameron semula bile aku preg kot!!! huwaaa
kty selalu je singgah tau..
adui tgk kakak makan eskerm tu .kecur liur..nak gakkk
kalo nk tea tuh..leh beli online skg..
http://bharattea.com.my/bharat2/index.php?page=shop/browse&
:)
eimma~ hehehe
syah~ kitaorang turun naik ikut tapah. tu jer jalan yang tau. cam nak pergi lagi tapi bila ingat ular melingkar tu... hu hu hu
elyn~ pregnent la cepat sementara muda... he he he
atty~ sedap kak eskrem dia..nyum..nyum...
feer~ lor... buleh beli online rupanya. TQ TQ
hahahah, patut nak turun tu lalu simpang pulai, sebab nak pi penang kan... dekat skit... :D :D
heheh..tp kene beli bnyk2 sb kos postage dia 15.00 xkire kita beli bnyk mane..kalo beli satu mcm rugi pulak kan..;)
Post a Comment