tajuk entry takde kaitan lansung dengan cuti cuti malaysia kitaorang ke langkawi. nih adalah citer ahad minggu sudah. kan aku ada citer pasal kereta rosak pastu sesat ke depalma. tu hari sabtu. nih hari ahadnya pulak.
hari ahad tu incik zaidi ada show live band di bukit angkasa. makanya ada satu lagi show tarian kat taman botani putrajaya. nak tak nak aku la tu yang kena jaga. satu lagi cabaran supaya tak sesat akan bermula.
aku pergi putrajaya dah banyak kali. tapi drive sendiri baru 2-3 kali. dengan incik zaidi aku pergi ikut jalan lain. tu dah pasti la dia yang bawak. pastu yang aku drive tu dari opis ke sana sebab nak pergi imigresen setelkan work permit boss aku.
pagi tu dalam pukul 10 aku gerak dari umah PIL aku. transit anak-anak ke sana. dan buat pertama kalinya aku ke putrajaya dari umah PIL aku. PERTAMA KALI OK. dan sila tepuk tangan laju-laju. aku tiba tanpa sesat. pergi balik tak sesat. pencapaian terbaik buat masa nih.
MAKKKKK...... nak kawen. tiba-tiba lupa diri yang aku memang dah kawen. rasa nak kawen lagik sekali. tapi suami tetap incik zaidi la. tak nak tukar ganti. aku dulu kawen buat depan umah bawah khemah jer. nasib baik khemah atap putih. kalau khemah zaman dulu atap zink mesti aku lagi terasa giler old fashion.
kalau bunga nih....bukan sajer dapat menceriakan aku tapi juga kakak sebab aku tau pasti menjadi hak milik dia secara automatik. asal cantik di mata dia mesti jadi dia punya.
errrrrr...yah...
jom sambut enibesari pakai baju pengantin. kita buat kat taman tau. muahahhahaha





6 komen:
fuyyooio ade iceberg lagi..cungg tu..dh jgn nk gedik nk kawen lagi...ekek:p
memang syiok tengok orang buat majlis kawin ada tema-tema nih...
aku baru je rancang dengan Firdaus nak buat photoshoot gambo kawen... sebab masa kawen dulu gambo takde amik propesenel photographer punya... hihihihihih :P :P
cantiknya majlis perkhawinan nie..
kalo kty pun mcm nak kawin lagi ..lagilah kty pakai khemah yg kainnya gambar bunga raya tu ..uwaaaaaa
suziey~ tak bleh ker...kempunan nih nak buat majlis cantik camni
syah~ a'ah. tu yang terasa nak kawen lagi sekali. kalau dah buat photoshoot tu jangan lupa tunjuk kat aku...
atty~ wahhhh... akak punya khemah lagi otai.
bj kawin aku dh tak muat kalo nk sambut aniberseri pakai bj tu ekekekek
elyn~ hehhhehe... baju kawen aku pulak ntah dah jadik apa. maklum la sewa jer ngan mak andam.
Post a Comment