hari kedua di langkawi cuaca adalah hujan tanpa berhenti. jadi pergerakan macam susah sikit. lagi-lagi yang bawak anak kecik cam aku. kalau kita jer boleh la redah sesikit dan setakat kena tempias tu perkara biasa.
pagi-pagi lepas brekpes kat hotel kitaorang mulakan misi. tempat lawatan pertama adalah Underwater World. tempat nih sangat sesuai untuk yang bawa anak. yang dewasa pun sesuai gak terutama yang tak berapa kenal ikan. dalam tu macam-macam jenis ikan, kura-kura, anjing laut dan paling comel dan kiut ialah piguin.

dalam nih aku tak ambil banyak sangat gambar sebab persekitaran gelap. setakat guna kamera digital biasa cam aku memang kualiti out. sayang betul.... kalau tak boleh bergambar ngan ikan yang kebanyakkan lebih besar dari aku. seram woooo tengok pari kat situ. bapak besar bila dia mengembang.
untuk peringatan ya. kebanyakkan tempat lawatan kat langkawi nih memerlukan mykad untuk melayakkan korang dapat harga warganegara malaysia. kalau tak bawak mykad korang kena bayar harga tiket pelancong. jadik jangan gatal-gatal tertinggal la.... terlupa la.....
***rujukan aku sendiri
Underwater World Langkawi
Harga warga Malaysia
dewasa = RM 28
kanak-kanak 3-12 tahun = RM 18
lepas tu kitaorang pergi ke telaga air hangat. tempat tu masih under construction menaiktaraf. bulan december nanti siap la. tapi masih lagi di benarkan melawat. ada bilik-bilik yang masih dalam pembinaan. katanya dah siap nanti pelawat boleh mandi manda kat kolam air hangat dalam bilik tu. diorang charge la ikut kepala atau ikut jam.
mak aku cuba rendam kaki dalam air tu. mak aku sengal-sengal buku lali sebab penat shopping berjalan sana sini. air tu still berasap walaupun masa tu hujan. katanya yang menyebabkan air tu panas sebab ada belerang kat dasar telaga tu. semulajadi la kiranya.
lawatan di teruskan ke galeria perdana. galeri di mana tersimpannya koleksi Tun Mahathir sepanjang menjadi PM kita. kagum giler masuk dalam tu. bermacam-macam hadiah dari bermacam-macam negara.
boleh pulak masa nih bateri kamera aku kong. sabar jer la. nasib baik incik zaidi bawa video camera. harapkan gambar dari situ jer la. tapi aku tak tau nak transfer masuk komputer. sekeping jer la aku tepek kat sini.
kereta kuda nih hadiah dari Argentina. antara hadiah lain ialah kuda bersadur emas dari singapura.lukisan di perbuat dari batu permata. bukan sekeping dua. sungguh istimewa. koleksi yang sangat berharga. korang datang langkawi jangan lupa datang sini yer.***rujukan aku sendiri
tiket pemilik mykad
dewasa = RM 5.00
camera = RM 3.00
video camera = RM 5.00
habiskan masa kat sini berjam-jam. ralit menengoknya. antara koleksi gambar yang istimewa semasa tun memukul gong untuk satu majlis perasmian. gong tu tumbang terus ke belakang.
lepas tu terus ke pekan kuah. mak aku nak sambung misi membeli belah dia. aku follow jer sebagai penasihat. lepas tu terus balik ke hotel. cuaca masih lagi hujan.
tiba hotel kakak dah merengek nak mandi kolam. hujan makin lama makin lebat. mak aku memberi idea. kakak berendam jer la dalam bathtub bilik air tu. apalagi.... syok ar dia. siap bawa pelampung berendam.
malam tu lepas maghrib keluar lagi. kali nih ke pantai cenang. hotel langkasuka beach resort sebelah pantai cenang dan 5 minit dari airport. kalau datang naik feri jetinya di pekan kuah. lebih kurang 20 minit dari pantai cenang.
kat pantai cenang nih meriahnya malam. sepanjang jalan tu ada macam-macam kedai makan dari pelbagai jenis negara. kedai cenderamata pun berderet-deret tepi jalan. waktu perniagaan 7-11 malam. kain batik, kain pelekat, t-shit, jersi semua murah-murah.
mak aku memborong sakan. oh yer.... kain batik cuma dibenarkan5 helai jer seorang percuma cukai masa melalui kastam kat airport. lebih dari 5 helai kalau kebetulan kastam check bebetul kena bayar cukai. pakcik aku beli minyak wangi banyak sangat kena cukai sebelum nih.dah habis jalan-jalan kat pantai cenang baru terasa nak pengsan. maklum la aku kan tengah musim luruh....
sambung lagi..........





4 komen:
Menyesal pulak tak pegi water underworld tu masa kat langkawi dulu...Tak tau kenapa, memang tak terlintas di fikiran nak pi situ masa tu...Kami lebih teruja dengan hopping island... :)
sonok baca..pasal g langkawi nie..
rege masuk underwater world tu tak silap aku sama macam rega masuk aquaria klcc... hohohohohoh :D :D
isk... kejamnya orang singapura kasik kuda yang disadur emas... kasian sama itu kuda... Muahahahahah :P :P :P
aku rasa cam esok jugak aku nak pi langkawi... har har har har har :P :P
na~ takper...lenkali buleh pergi
atty~ maceh..
syah~ aquaria mjrah sikit kot. aku pun lupa. ok ok..... aku betulkan. emas yang menyerupai kuda.
air asia sekarang tengah promosi tiket free kan..... cuba ar.
Post a Comment