seperti yang aku bagitau minggu sudah kami sekeluarga bercuti pendek ke langkawi. nih gara-gara air asia punya pasal. kan sibuk buat promosi zero fare. kena bayar airport tax jer. aku pun saje cuba-cuba sekali dapat. tepon incik zaidi dia bagi green light terus tempah. padahal takde rancangan lansung nak pi sana. date pun main pilih jer secara rambang.
pergi kali nih aku bawa sekali mak aku. mak jijah aku tu serata Malaysia dia dah pergi. segala ceruk pelusuk dia pernah tinggal. maklum la bapak aku dulu kerja sebagai si baju hijau. tapi merantau sana sini langkawi dia tak pernah jejak.
kami sepatutnya naik flight pukul 8.20 am. tetiba air asia hantar sms kata di cepatkan pukul 7.30am. air asia nih dari dulu suka suki tukar masa tau. kul 5 gerak dari rumah ke airport. menggigil kepala lutut nak mandi.
***untuk rujukan aku sendiri
tambang= 0
airport tax pergi balik = RM 60 sorang
beg = RM 3 untuk 15kg sorang
tiba lcct terus check in barang dulu. mula-mula aku bawa 1 beg baju jer. incik zaidi suh bawak lagi satu. dia kata nak balik nanti mesti beranak punya barang-barang.
budak kecik nih tak reti duduk diam. abis semua buku dan barang kat kocek kerusi tu dia selongkar. pastu sibuk kejap kat aku kejap kat incik zaidi. kakak rilek jer dok ngan mak aku.
tiba jer airport perkara pertama selepas ambil beg ialah mencari keta sewa. harga dah naik yer. alasan diorang sekrang keta sewa kena ada permit. kereta paling murah adalah kancil. itupun RM 60 satu hari. tapi rasa dah jemu pulak naik kancil. kitaorang sewa kereta Cherry QQ. Made in China punya. RM 70 satu hari. boleh set auto atau semi manual.***untuk rujukan aku sendiri
kancil & iswara= RM 60
cherry QQ = RM 70
nissan sentra = RM 90
lepas dah dapat sewa keta kitaorang ronda-ronda dulu cari sarapan. kat langkawi nih terlalu banyak kedai makanan. sampai tak tau nak pilih. cuma mungkin sedap ngan tak sedap jer.
lepas sarapan kitaorang pergi kuah dulu. nak check in hotel lambat lagi. meronda la kami kat tempat membeli belah. aku tak beli apa-apa pun. cuma sedikit coklat sebagai buah tangan keluarga terdekat dan makan sendiri.
bagi yang minat pinggan mangkuk dan peralatan dapur, pekan kuah nih memang syurga la bagi korang. vantage, vision, corelle, ntah jenama apa lagi memang murah-murah. mak aku yang borong sakan. aku lom sampai seru lagi. cuma tolong pilih jer.

dah nak balik tu baru la aku beli jug air RM 12, sudu 1 dozen RM 4.90 ngan senduk 3 batang RM 10. itu sajer. tetiba rasa menyesal..... tunggu ar dah ada kabinet dapur mungkin masa tu semangat nak beli tu ada.
masa nih aku kat kedai coklat. aku sibuk pilih, dak kecik nih pun sibuk jugak. abih di punggahnya semua.
anak dara aku nih kurang minat kat coklat nih. dia cuma minta nak beli air, air, air.......lepas dah beli sikit-sikit terus aku ajak check in hotel. aku dah rasa tak selesa. boleh pulak hari pertama pergi bercuti aku punya bendera naik. korang paham-paham jer la. mana dan nak jalan sana sini....
bersambung





7 komen:
wahhh...syiok arrr bercuti .
tq atas segala info awak yang menarik . Rasa teruja pulak nak mengulang ke sana ..
kena kira budget neh .
harga barang naik takk???/..tp kira ok lah ko pg x bayo tambang..sewa kete wajib tu..klu x patah kaki arr..
aiseh rugi arr ko 1st day melancong dah kena..kah kah kahh
thanks 4 d info sis..nanti kut2x nak g langkawi lagi, leh rujuk kt blog akk ni..heeee..
huhu teringt g langkawi last year..hehe..
xbyk ye akk sopping..bgsla..jimt duit :D
akk..bendera naik? aisey..xberhoneymoon la yel//ekekek:p
rugi rugi rugi time bercuti bendera naik... har har har har :P :P
aku teringin nak pi jugak... entry ko nih aku buat rujukan... hohohoohoh :D :D
linda~ nak pegi jangan musim hujan kak. terbatas sikit lawatan dan pergerakan.
neeza~ harga barang sama jer aku rasa. silap tarikh daaa....
sue~ info tak seberapa. rujukan diri sendiri di kemudian hari.
suziey~ nak hanimun apanya dah jadi kawasan larangan
syah~ hu hu hu..... silap tarikh da.. nih yang kena plan hanimun balik nih.
semua naik ye..harga barang camne ..naik tak...
Post a Comment