Sunday, December 13, 2009

FANATIK PINK

pink...pink....pink.....

kakak kalau tanya nak kaler apa mesti pink. barang-barang pun semua nak pink. padahal sejak dari baby lagi mana ada baju dan barang-barang warna pink yang kitaorang beli. yer la scan 3 kali katanya boy haruslah biru dan belang-belang.

sekali keluar hah kau ! rata jer... nak tak nak pakai jer la. bila dah besar sikit aku ngan incik zaidi pun tak berapa berkenan beli barang atau pakaian warna pink. semua warna hijau, coklat, kelabu dan yang pasti takde pink, pink nih. bosan ar... kalau girl mesti pink. kalau boy mesti blue. dah biasa sangat.

tapi sekarang kakak dah besar. dah pandai bersuara. dah mula mempunyai citarasa sendiri. ikut kan jer la. takkan nak paksa dia suka benda yang dia tak suka.


keyboard ngan mouse kakak rosak. dari hari ke hari dia dah merengek-rengek minta beli baru. kebetulan dah dekat ngan sunway beli kat sana jer la. walaupun badan dah letih tapi sebab dah janji kena tunaikan jugak. anak ayah kan....

yang bijaknya kitaorang tak cuba dulu keyboard tu. balik umah tak nak hidup lansung. sampai lewat malam incik zaidi menggodamnya. tak jalan jugak.... kena la pergi balik sunway pyramid tu nak tukar.

tiba sana tukar keybord pink yang lain. cuba dulu. okey boleh hidup tapi ada beberapa huruf yang tak berfungsi. maka itu last stock. nak tak nak kena jugak beli kibod hitam. he he he he.... takde rezeki kakak nak berkibod pink. mouse pink cukup la kak. janji ada yang pink kan....

ibu nih suka warna cekelat. kalau minta kibod ngan mouse warna cekelat lom tentu pun ayah nak layan. hu hu hu.........

Wednesday, December 9, 2009

KORANG LETAK TAJUK SENDIRI

salam semua......

bersiaran dari opis. katanya sedang menghitung hari kan. haruslah keje semua dah beres. takde yang pending. jadi sekarang nih datang opis kejenya goyang kaki saje.

itu jer la jalan cerita yang aku lalui setiap hari. mood nak apdet blog pun macam suam-suam kuku jer.

hari nih aku nak cerita pasal makan-makan lagi. layankan jer lah. biasanya kitaorang kalau dah penat keje atau buat sesuatu dan berjaya, kitaorang raikan dengan makan-makan. bukan la makan kenduri kendara tu. tapi makan kat luar dan menunya lain la sikit dari hari biasa.

incik zaidi baru dapat bayaran backpay salary dia. apalagi.... dengan murah hati dia ajak makan sedap. tapi mengenangkan kena juga berjimat cermat untuk masa depan kitaorang beringat juga la.

tekak rasa nak makan steak. so pekena la kat uptown lama. okaylah murah dan sedap. order 2 set blackpepper steak dan 2 set chiken chop untuk incik zaidi, aku dan kakak.


siap jer diaorang hantar 4 set tadi dan letak atas meja. meja adalah rapat-rapat. sebelah meja aku ada la satu couple. tiba-tiba kakak cakap. kita ada 3 orang. kenapa ada 4 makanan. adek kan tido. lagipun dia kecik lagi. mana boleh makan.....

opocot !!! kak..... ko cakap tak kaver lansung kiri kanan yer. couple sebelah tu dengar dah senyum-senyum kambeng. macam la tak biasa yang ayah tu makan mana cukup 1 pinggan. muahahhaha....... aku pun tergelak gak.


masa makan aman jer sebab hero kecik aku tu tido. lepas dah abis makan kitaorang tunggu ar kakak yang tengah menikmati air laici dia tu. mula-mula dia makan buahnya dulu. tinggal air jer setengah. tetiba pekerja yang bersih-bersih cawan pinggan tu elok jer angkat air kakak. kitaorang tak bangun pun lagi.

aku tetiba terkesima hilang kata-kata sebab terkejut. incik zaidi selaku hero apalagi, dapat la kata-kata yang sesuai kan.... bluwekkkkk padan muka.

Tuesday, December 8, 2009

TENGAH GIGIH NIH

tengah gigih mencari keje
nak apdet resume yang dah bertahun tak pernah buka

hu hu hu....
orang hujung tahun sibuk kira bonus
bawa anak jalan-jalan

aku sibuk cari keje
sedih kan.....

video nih tengah melayan anak-anak kat umah
nih la kot aktiviti aku kalau tak kerja

kakak tu kalau dengar lagu stacy memang tak duduk diam
sila abaikan rumah yang bersepah.


video

Thursday, December 3, 2009

DARI KEDAI SESAT KE BANDAR

kisah masa cuti raya haji lepas. seperti yang di beritahu aku menyambutnya di johor. aktiviti seharian adalah di rumah saja. lepas yang lelaki sembahyang pastu makan dan berehat-rehat di rumah. bantai tido sebab kitaorang tiba johor pukul 5 pagi.

hari sabtu pulak memang takde aktiviti terancang. melayan anak sendiri dan anak buah jer. walaupun 3 orang tapi bingitnya macam 10 orang.

mak aku suh pi kedai. beli barang keperluan nak buat sup. daging korban kan banyak. aku siap rekues sup tulang. lepas dah ambik list bergerak la kami 3 beranak ke kedai. ajak kakak dia tak nak ikut. nak main ngan sepupu sepapat.

dah keluar dari taman incik zaidi ajak pergi taman sebelah. nak sebey harga barang-barang dia. pastu tetiba ajak pergi hantar repair kompang. dan tetiba pulak dia cakap lapar. apalagi dah alang-alang dekat ngan stulang, singgah jer la.

belakang tu seberang air adalah singapore


ingat nak ronda dalam free duty punya komplek tapi rupanya dah tukar nama. dalam tu pun macam hampeh. sungguh mengecewakan. niat nak beli baju untuk annual dinner. terus berkubur.

gerak terus ke danga bay.

ada jual pelbagai aksesori. lebih kurang petaling street la.

banyak betul perubahan dah berlaku kat jb nih. lama giler tak ronda-ronda. sampai sesat barat di tanah kelahiran sendiri. biasa balik johor tertumpu sekitar umah mak aku jer. jarang masuk bandar.

boleh bersiar-siar sekitar danga bay nih naik ketapi panjang. kalau kakak tau nih sure menyesal tak ikut. muahahhaha..

boleh gak kalau nak kayuh basikal sendiri. ada basikal solo, kembar dua dan kembar 5. kira 2 orang depan bawa penumpang belakang 3 orang.

ini budak kecik bila lepas mencicit dia lari. macam tak cukup tanah. bengang jer dia bila kena dukung balik.

kat sini kitaorang pekena kuih muih sikit. dan yang paling aku idamkan adalah tauhu bakar terbaik punya. nyum....nyum..... sedap sampai menangis.

sebelum balik belikan kakak mainan. pistol tembak kluar belon-belon sabun. yang benarnya ibunya yang teringin. ngeh...ngeh...ngeh.....

incik zaidi beli cap. sepuluh hengget jer. harga barang-barang yang dijual murah-murah gak. takde la mencekik leher walaupun duduk dalam lokasi pelancongan.

agak-agak dah kenyang dan hari pun malam baru la beransur pulang. on the way balik baru singgah giant beli bahan-bahan buat sup. elok la kan.... daging yang di rebus pun dah empuk.

sori mak. bengang jer mak jijah aku tu. muahahhahaha

PENGUBAT JIWA LUKA...... WAHHHH JIWANG PULAK

hari isnin pagi sebelum pergi keje aku ada bagitau ngan incik zaidi. kalau aku tak dapat vss aku belanja dia makan. kalau aku dapat dia kena belanja aku makan. kekonon belanja aku makan tu dapat mengubat kesedihan aku tu la.

hehehe... sesuka jer buat syarat. padahal incik zaidi tak terlibat lansung dengan hal vss nih. tapi dia iyakan jer la.... kesian kat aku agaknya.

malam tu dia suh aku pilih tempat. tapi kepala aku kan tengah weng... aku serahkan jer pada dia. dia pilih tempat dan order. aku tau makan jer....

destinasi di pilih ORKED SRI THAI di shah alam. antara menu spesel.

ikan siakap masak goreng nyonya

daging rusa masak blackpepper

ketam goreng cili

budak over bila bergambar

dia pun nak makan gak. comot sungguh...

inilah pengkopek ketam yang berjaya. aku ngan kakak tadah mulut jer makan. aku malas nak kotorkan tangan tapi nak gak makan. nasib baik ada orang rajin nak layan.

mengadap nak kopek ketam jer 45 minit. tapi balik tu memang gendang gendut tali kecapi la...